Sewa & Beli Katil
Hospital #1 Malaysia

Jaga pesakit lebih mudah di rumah

Dari RM150/bulan sahaja. Tanpa deposit.
Penghantaran 4 jam. Servis & repair percuma.
500+ keluarga Malaysia sudah percaya kami.

Kualiti Terjamin

KUALITI HOSPITAL GRADE
SELAMAT & TAHAN LAMA

Katil Hospital 3 Fungsi
Healthcare Professional

Penghantaran 4 Jam

Penghantaran pantas ke seluruh Malaysia. 4 jam KL-Selangor

Plan Sewa Dulu!

Tanpa deposit. Plan sewa dulu beli kemudian RM150/sebulan

Perkhidmatan 24/7

Whatsapp atau hubungi kami untuk pertanyaan dan bantuan segera

Produk Berdaftar

Mengikut piawaian peralatan hospital, selamat dan boleh dipercayai

Sewa Dulu, Beli Kemudian - Plan Fleksibel Tanpa Risiko

Tak pasti berapa lama perlukan? Cuba sewa dulu. Bila dah yakin, tukar ke beli bila-bila masa tanpa penalti.

Beli Katil Hospital

RM799 (2 Fungsi)

Untuk penjagaan jangka panjang pesakit bedridden, warga emas, atau pasca pembedahan. Jimat berbanding sewa >6 bulan.

  • Warranti 1 tahun penuh
  • Rangka keluli tahan lama
  • Side rails keselamatan
  • Roda berkunci untuk mobiliti
Beli Sekarang

*Harga tidak termasuk tilam dan penghantaran

Pemasangan katil hospital percuma

Pemasangan Percuma

Kami tolong pasang dan ajar tanpa caj tambahan.

011-2879 9609

Katil Hospital Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Setiap pesakit ada keperluan berbeza. Pilih katil yang tepat - kami bantu anda buat keputusan.

*Harga katil tidak termasuk tilam dan penghantaran

Kelebihan Katil Hospital di Rumah

Penjagaan di rumah dengan katil hospital yang betul memberikan keselamatan, keselesaan dan kemudahan untuk pesakit dan penjaga.

Elak Jangkitan Hospital (HAI)

21.6% pesakit hospital di Asia Tenggara dijangkiti HAI. Rawatan di rumah kurangkan pendedahan kuman hospital.

Cegah Kudis Tekanan (Bedsore)

1 dalam 7 pesakit hospital alami kudis tekanan. Tilam ripple cegah kerosakan kulit melalui tekanan berselang.

Side Rails Cegah Jatuh

Pagar keselamatan kurangkan risiko jatuh sehingga 55%. Roda berkunci pastikan katil stabil.

Jaga Kesihatan Penjaga

Laras ketinggian katil elak sakit belakang penjaga. Tak perlu membongkok ketika jaga pesakit.

Makan Lebih Selamat

Angkat kepala 30-45° kurangkan risiko tercekik (aspirasi). Posisi selamat untuk makan & minum.

Mudah Jaga & Bersih

Permukaan boleh laras mudahkan tukar lampin, mandi & rawat luka. Bahan ABS senang dibersihkan.

Siapa Yang Perlukan Katil Hospital?

Warga emas Pesakit stroke Selepas pembedahan Pesakit lumpuh Baru discharge Pesakit kanser Bedridden Penyakit kronik

Kenapa 500+ Keluarga Malaysia Pilih Kami?

Bukan sekadar jual katil - kami jaga anda dari mula sampai habis

10+ Tahun Pengalaman

Dipercayai sejak 2016 dengan lebih 5,000 pelanggan berpuas hati di seluruh Malaysia

Pakej Sewa Beli Fleksibel

Sewa tanpa deposit atau beli ansuran dengan 0% interest sehingga 12 bulan

Penghantaran 4 Jam

Penghantaran Katil Hospital ke seluruh Malaysia. 3-4 jam KL Selangor

Sokongan 24/7

Pasukan teknikal sedia membantu pada bila-bila masa, termasuk cuti umum dan hujung minggu

Pemasangan dan Latihan Percuma

Demonstrasi dan latihan penggunaan katil hospital secara percuma kepada pengguna dan penjaga

Trade In Available

Beli dulu, sudah tidak mau pakai? Jual semula kepada kami

Rangkaian Produk Kami

Satu Pasukan, Semua Keperluan Perubatan Anda

Kami bukan sekadar jual katil hospital. Pasukan kami menyediakan pelbagai produk perubatan untuk penjagaan menyeluruh di rumah.

Satu pasukan, satu misi — semua keperluan perubatan di rumah, kami ada.

Kepercayaan & Pensijilan

Penjual Dipercayai, Diluluskan Oleh MDA Malaysia

Katil hospital kami mematuhi piawaian peranti perubatan dan telah berdaftar di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) oleh Medical Device Authority (MDA) Malaysia. Kelulusan pengiklanan turut diperolehi.

Bukti pendaftaran MDA - AA Alive Sdn Bhd - GA9817222-107721 - Hospital Bed berdaftar di bawah Akta 737

MDA: GA9817222-107721 | Kelulusan Iklan: MDAMD 0127/2025

Semak di laman rasmi MDA

Bukti Nyata: Penghantaran Ke Seluruh Malaysia

Ini bukan janji kosong - tengok sendiri gambar penghantaran sebenar kepada pelanggan kami

500+
Pelanggan Gembira
10+
Tahun Pengalaman
4.9★
Rating Google
24/7
Sokongan Teknikal

Apa Kata Pelanggan Yang Sudah Gunakan?

4.9/5 bintang dari 500+ ulasan Google - bukan kami yang cakap, pelanggan yang buktikan

N
2 minggu lalu

"Ayah saya stroke bulan lepas. Masa discharge dari hospital, doktor suruh cari katil hospital untuk rumah. Saya panik sebab tak tahu nak cari mana. Nasib baik jumpa sini. Hantar hari yang sama, abang yang pasang pun ajar cara guna dengan sabar. Sekarang jaga ayah dah tak susah sangat. Terima kasih banyak-banyak."

R
3 minggu lalu

"Isteri saya cancer stage 4. Nak bawa hospital jauh, dia tak larat. Kami decide jaga kat rumah je. Katil ni banyak tolong - boleh adjust kepala bila dia nak makan, ada pagar tepi so tak risau dia jatuh malam-malam. Belakang saya pun tak sakit sangat dah bila nak mandikan dia. Untuk keluarga yang jaga orang sakit, memang wajib ada."

M
1 bulan lalu

"Mula-mula mak mertua tak nak tidur katil hospital, kata macam kat hospital la. Tapi lepas cuba, dia sendiri cakap selesa. Dulu tidur katil biasa selalu mengadu sakit badan, sekarang boleh tidur lena. Anak-anak pun senang nak jaga dia, tak payah angkat berat-berat. Harga sewa pun okay, berbaloi sangat."

Di Mana Sahaja Anda Berada,
Kami Hantar Sehingga ke Pintu Rumah

Penghantaran katil hospital ke seluruh Semenanjung Malaysia - dari Perlis hingga Johor

Soalan Lazim Tentang Sewa Katil Hospital Malaysia

Dapat jawapan segera - tak perlu tunggu. Atau WhatsApp kami untuk bantuan lebih lanjut.

Berapa harga sewa katil hospital sebulan?

Harga sewa katil hospital bermula dari RM150 sebulan untuk katil hospital 2 fungsi (manual). Untuk katil hospital 3 fungsi dan katil elektrik, harga berbeza mengikut model. Hubungi kami untuk sebut harga terkini.

Apa beza katil hospital 2 fungsi dan 3 fungsi?

Katil Hospital 2 Fungsi: Boleh laras bahagian kepala (naik/turun) dan bahagian kaki (naik/turun). Sesuai untuk pesakit yang perlu rehat separuh duduk atau angkat kaki.

Katil Hospital 3 Fungsi: Sama seperti 2 fungsi, ditambah dengan fungsi laras ketinggian keseluruhan katil. Memudahkan penjaga untuk jaga pesakit tanpa perlu membongkok. Lebih sesuai untuk pesakit bedridden sepenuhnya.

Ada katil hospital elektrik?

Ya, kami ada katil hospital elektrik dengan kawalan remote. Tak perlu pusing engkol manual - tekan butang je untuk laras kepala, kaki dan ketinggian. Sangat sesuai untuk warga emas atau penjaga yang tak kuat pusing engkol. Hubungi kami untuk pilihan model dan harga.

Pemasangan dan penghantaran macam mana?

Pemasangan PERCUMA - Pasukan kami akan datang pasang katil di rumah anda tanpa sebarang caj tambahan. Kami juga akan ajar cara guna dengan betul.

Penghantaran - Servis penghantaran disediakan ke seluruh Malaysia. Hubungi kami untuk tempahan.

Boleh bayar ansuran tak?

Boleh! Kami faham kadang-kadang perbelanjaan perubatan membebankan. Kami terima bayaran secara ansuran untuk pembelian katil hospital. Hubungi kami untuk bincang pelan pembayaran yang sesuai dengan bajet anda.

Boleh jual balik katil hospital kepada anda?

Ya, kami ada program trade-in. Jika anda beli katil hospital dari kami dan kemudian tidak lagi memerlukannya, anda boleh jual semula kepada kami. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pasukan kami online sekarang - Respons dalam 5 minit

Orang Tersayang Perlukan Katil Hospital?
Kami Hantar Hari Ini.

Jangan tunggu. Setiap minit penting. Hubungi kami sekarang untuk penghantaran dalam masa 2-4 jam ke rumah anda.