Tentang AA Alive Sdn Bhd

Pembekal katil hospital dipercayai di Malaysia sejak 2016. Kami membantu keluarga menjaga orang tersayang dengan lebih selesa di rumah.

8+ Tahun Pengalaman
2016 Tahun Ditubuhkan
139 Lokasi Diliputi
RM0 Deposit Sewa

Kisah Kami

AA Alive Sdn Bhd (No. Pendaftaran: 1204108-D) ditubuhkan pada tahun 2016 dengan satu misi mudah: membantu keluarga Malaysia menjaga orang tersayang mereka di rumah dengan lebih selesa dan bermaruah.

Kami bermula selepas pengasas kami sendiri mengalami kesukaran mencari katil hospital untuk menjaga ibu yang sakit. Ketika itu, pilihan yang ada sangat terhad - sama ada beli dengan harga tinggi atau sewa dari pembekal yang tidak boleh dipercayai.

Dari pengalaman peribadi itu, kami membina perkhidmatan yang kami sendiri mahu ada: harga berpatutan, penghantaran cepat, dan sokongan yang boleh diharap.

"Penjagaan Pesakit,
Ketenangan Keluarga"

Moto Kami

Perjalanan Kami

2016

Permulaan

AA Alive Sdn Bhd didaftarkan. Bermula dengan 10 unit katil hospital untuk disewa di sekitar Lembah Klang.

2018

Pengembangan

Meluaskan perkhidmatan ke seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Menambah pilihan katil 3 fungsi.

2020

Pandemik COVID-19

Permintaan meningkat mendadak. Kami bantu ratusan keluarga yang menjaga pesakit COVID-19 di rumah dengan penghantaran segera.

2022

Seluruh Malaysia

Memperluaskan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.

2024

keluarga di seluruh Malaysia

Mencapai milestone 500 keluarga yang telah kami bantu. Melancarkan laman web baharu untuk pengalaman lebih baik.

Nilai-Nilai Kami

1

Kebolehpercayaan

Apa yang kami janjikan, kami tunaikan. Masa penghantaran yang kami sahkan secara bertulis ialah masa yang kami tepati - bukan "dalam perjalanan".

2

Empati

Kami faham keluarga sedang melalui masa sukar. Setiap pertanyaan dilayan dengan sabar dan penuh pemahaman.

3

Kualiti

Semua katil kami diservis dan dibersihkan sebelum penghantaran. Tiada kompromi pada kebersihan dan keselamatan.

Kelayakan & Pensijilan

SSM Berdaftar

AA Alive Sdn Bhd
1204108-D

Berdaftar MDA

Peralatan perubatan mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia

Berlesen MDA

Berdaftar dengan Medical Device Authority Malaysia

Mengapa Pilih Kami?

  • ✓
    Penghantaran Pantas

    Seawal 4 jam untuk tempahan terpilih di Lembah Klang; kawasan lain seawal 24 jam — masa sebenar disahkan secara bertulis.

  • ✓
    Tanpa Deposit

    Sewa tanpa bayaran pendahuluan yang membebankan.

  • ✓
    Pemasangan & Demo

    Pasukan kami setup dan ajar cara penggunaan.

  • ✓
    Sokongan 24/7

    WhatsApp kami bila-bila masa untuk sebarang masalah.

Komitmen Kami

Setiap keluarga yang datang kepada kami sedang melalui masa yang mencabar. Kami komited untuk menjadikan sekurang-kurangnya satu perkara lebih mudah untuk mereka - mendapatkan peralatan penjagaan yang diperlukan dengan cepat, mudah, dan pada harga yang berpatutan.

Perlukan Bantuan?

Hubungi kami untuk konsultasi percuma tentang keperluan katil hospital anda.

WhatsApp Sekarang